Steven Sim bersama Uncle Robert pada mini konsert yang dianjurkan di Jit Sin Independent High School, Bukit Mertajam.

BUKIT MERTAJAM – Kegigihan pemuzik jalanan yang dikenali sebagai Uncle Robert mencari dana bagi menampung kos rawatan kanser isterinya mendapat perhatian Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, yang berjaya mengumpulkan RM100,000 untuk tujuan berkenaan.

Jumlah itu dikumpulkan menerusi konsert mini yang dianjurkan di Jit Sin Independent High School, dengan lebih RM46,000 berjaya dikutip sebelum Steven menambah baki daripada jumlah berkenaan.

Steven Sim berkata, beliau mendapat tahu mengenai usaha Uncle Robert mengumpul dana untuk rawatan isterinya ketika berada di China sebelum meminta pasukannya menganjurkan konsert berkenaan dalam tempoh hanya empat hari.

“Lebih RM46,000 berjaya dikumpulkan. Selebihnya saya top up,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Steven Sim, Uncle Robert yang sudah bertahun-tahun membuat persembahan busking di hadapan Gurney di sini, tetap gigih bermain muzik demi insan yang dicintainya.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir menyaksikan persembahan Uncle Robert serta menyumbang dalam usaha membantu menampung kos rawatan isterinya,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here