Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim hadir bagi menaikkan Bendera Sang Saka Bangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 11 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan simpati terhadap Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang telah ‘diorenkan’ sambil menegaskan sokongan parti terhadap kedua-dua rakan seperjuangan itu.

Beliau berkata simpati terhadap Azeez dan Jamil Khir tetap diberikan meskipun kedua-duanya kini melalui episod sukar.

“Kita simpati dengan dua orang rakan kita, Datuk Seri Azeez Rahim dan Datuk Seri Jamil Khir. Kita bersimpati dengan beliau yang telah dibaju oren. Simpati kita tetap kepada dua orang rakan kita ini,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia hari ini.

Ahmad Zahid kemudian menyampaikan mesej lebih tegas dengan menyatakan UMNO akan terus bersama mereka sehingga mencapai kemenangan.

“Baju oren, Baju unggu silakan. Kita lawan sampai menang,” tegasnya.

Ucapan itu disambut sorakan dan sokongan perwakilan yang hadir pada PAU berkenaan.

Azeez dan Jamil Khir sebelum ini menjadi perhatian susulan tindakan SPRM berkaitan siasatan isu Tabung Haji.

Sokongan terbuka Ahmad Zahid itu memperlihatkan pendirian beliau untuk mempertahankan semangat setiakawan dalam UMNO, terutama ketika rakan seperjuangan berdepan tekanan dan proses perundangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here