Salah sebuah daripada 10 rumah transit yang siap dibina di Duyong dan Air Molek, Melaka yang sedia untuk diduduki sementara oleh penduduk yang ditimpa musibah.

MELAKA – Satu lagi inisiatif kerajaan negeri bagi membantu rakyatnya yang ditimpa musibah apabila membina 28 rumah transit untuk golongan itu di setiap dewan undangan negeri (DUN).

Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Datuk Murad Husin berkata, sejak dua tahun lalu kerajaan negeri menerusi LPM membina sebanyak 10 rumah transit di seluruh negeri.

Antara DUN yang telah memiliki rumah transit kata beliau ialah Duyong, Ayer Molek, Tanjung Bidara, Serkam, Merlimau, Taboh Naning, dan Paya Rumput.

“Baki 18 unit lagi kita akan siapkan mengikut perancangan dan dalam setahun kita sasarkan akan bina dua atau tiga unit,” katanya.

“Rumah transit ini merupakan idea Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sendiri melalui mesyuarat Exco kerajaan negeri kerana menyedari kebanyakan DUN ini mempunyai isu-isu yang memerlukan rumah sementara untuk keluarga ditimpa musibah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan MalaysiaGazzette di pejabatnya di Ayer Keroh di sini baru-baru ini.

Menurut Murad, antara golongan yang layak tinggal sementara di rumah transit mangsa kebakaran, banjir dan pemilik rumah yang terlalu uzur yang layak menerima bantuan baik pulih.

Golongan yang layak terbabit, ujarnya, dibenar tinggal di rumah iu sehingga enam bulan sebelum berpindah semula ke rumah asal atau rumah baharu mereka.

Setakat ini, jelasnya, kerajaan negeri menerusi LPM membelanjakan sebanyak RM700,000 bagi tujuan pembinaan 10 rumah berkenaan.

“Setiap rumah bernilai RM70,000 yang dilengkapi tiga bilik dan peralatan asas seperti katil dan perabot,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here