Fahmi Fadzil ketika menghadiri Program Jiwa@Komuniti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di Politeknik Kuching, Sarawak hari ini. Foto: FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR:  Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzi mengingatkan generasi muda supaya perlu sentiasa mengenali, menghargai dan memelihara sejarah.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Madani berkata, generasi muda serta seluruh rakyat tidak boleh sesekali mensia-siakan perjuangan nenek moyang yang telah berkorban demi kemerdekaan yang dinikmati hari ini.

Ujar beliau, perpaduan Malaysia dibina atas persefahaman seluruh rakyat, justeru perbezaan bukan alasan untuk berpecah, sebaliknya menjadi kekuatan untuk saling memahami, menghormati dan membina masa depan bersama.

Fahmi Fadzil ketika menghadiri Program Jiwa@Komuniti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di Politeknik Kuching, Sarawak hari ini. Foto: FB Fahmi Fadzil

“Dalam membina masa depan negara, anak muda juga perlu berpegang teguh kepada nilai integriti. Jauhi rasuah. Tolak salah guna kuasa. Jauhi perkauman sempit dan faham keagamaan yang ekstrem.

“Jangan gadaikan maruah dan masa depan hanya kerana kepentingan sementara,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Fahmi menghadiri Program Jiwa@Komuniti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 bersama-sama kira-kira 500 pelajar di Politeknik Kuching, Sarawak pagi ini.

Jelas Fahmi, program itu mengimbau sejarah Malaysia, perjuangan, pengorbanan dan perjalanan panjang yang membawa kepada sebuah negara yang merdeka. – MalaysiaGazette

Fahmi Fadzil ketika menghadiri Program Jiwa@Komuniti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 di Politeknik Kuching, Sarawak hari ini. Foto: FB Fahmi Fadzil

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here