Gambar kebakaran rumah di Kampung Baru Cendering ihsan JBPM Pahang

KUANTAN – Seorang warga emas berjaya menyelamatkan diri ketika rumahnya di Kampung Baru Cendering, di sini terbakar malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian itu dilaporkan kira-kira jam 9.49 malam tadi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan 20 X 50 kaki persegi di mana anggaran 90 peratus rumah dilaporkan terbakar.

“Kerja-kerja overhaul turut dijalankan selepas operasi memadam kebakaran bagi memastikan tiada lagi punca api atau haba yang boleh menyebabkan kebakaran merebak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai enam Pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dibantu lapan anggota dari BBP Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi bagi memulakan operasi memadam kebakaran.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira jam 10.41 malam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here