Yeoh Soon Hin.

GEORGE TOWN – Siasatan berhubung insiden pelanggaran Feri Teluk Bahang dengan kapal MV Mekar Jaya pada 1 September lalu kini memasuki peringkat akhir dan laporan lengkap dijangka dihantar kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) bulan ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, pihaknya akan menghantar laporan berkenaan kepada MOT sebaik sahaja siasatan selesai.

“Berkenaan insiden pelanggaran feri dengan kapal itu kita telah masuk ke siasatan tahap akhir.

“Selepas habis siasatan, kita akan menghantar laporan kepada MOT secepat mungkin.. dijangka pada bulan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Keretapi Sarong 2026 sempena sambutan Hari Malaysia di Penang Ferry Museum di sini, hari ini.

Ditanya sama ada punca kejadian sudah dikenal pasti, Soon Hin berkata, perkara itu akan diumumkan kemudian.

Media sebelum ini melaporkan satu Jawatankuasa Siasatan Bersama ditubuhkan melibatkan Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, SPPP dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) bagi menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

21 cedera feri bertembung kapal di Butterworth

“Saya ingat feri nak karam” – Mangsa feri bertembung kapal

Tiada mangsa parah dalam kes feri langgar kapal

Dalam kejadian pada 1 September lalu kira-kira jam 8.40 malam, Feri Teluk Bahang yang dalam perjalanan menuju ke Terminal Feri Sultan Abdul Halim (PSAH) berlanggar dengan MV Mekar Jaya di perairan berhampiran had Pelabuhan Pulau Pinang.

MV Mekar Jaya dilaporkan dalam perjalanan dari Dermaga Air Dalam, Butterworth menuju ke Terminal Persiaran Swettenham ketika perlanggaran berlaku, dengan 21 penumpang pada awalnya dilaporkan mengalami kecederaan ringan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here