Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan kilang pengeluar peti ais dan perkakas dapur di Kampung Baru Subang, Shah Alam, malam ini

SHAH ALAM – Sebuah kilang pengeluar peti ais dan perkakas dapur di Kampung Baru Subang, Seksyen U6 di sini, terbakar kira-kira 80 peratus musnah, malam ini.

Kebakaran membabitkan bangunan kelas A tiga tingkat berkeluasan kira-kira 2,500 kaki persegi di Jalan Bukit Cherakah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.36 malam sebelum jentera pertama tiba di lokasi lapan minit kemudian.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan kilang pengeluaran peti ais dan perkakas dapur dengan anggaran 80 peratus bangunan terbakar.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini,” katanya menerusi satu kenyataan, malam ini.

Sebuah kilang pengeluar peti ais dan perkakas dapur musnah dalam satu kebakaran di Kampung Baru Subang, Shah Alam, malam ini

Ashrul juga berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.40 malam.

“Kerja-kerja overhaul sedang giat dijalankan bagi memadamkan sisa kebakaran, khususnya di tingkat tiga bangunan berkenaan,” katanya.

Menurut Ashrul, operasi pemadaman itu disertai 18 anggota menggunakan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua lori tangki air.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong menjadi balai utama yang terlibat, dengan bantuan BBP Sungai Buloh dan BBP Shah Alam,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here