Keadaan rumah yang rosak akibat terkena serpihan dron yang dipintas di Taif, Arab Saudi

RIYADH — Seorang maut manakala dua lagi cedera selepas terkena serpihan yang jatuh daripada dron yang dipintas dan dimusnahkan di Taif, kata jurucakap Pertahanan Awam Arab Saudi.

Jabatan itu memberi maklum balas susulan insiden melibatkan serpihan daripada sebuah dron yang dilancarkan penggans Houthi.

Saudi Gazette melaporkan, insiden itu mengakibatkan seorang rakyat Yaman maut, manakala seorang wanita Arab Saudi dan seorang rakyat Pakistan cedera parah.

Keadaan kedua-duanya dilaporkan kritikal.

Jurucakap itu berkata, serangan berkenaan turut menyebabkan kerosakan material pada beberapa bangunan dan kenderaan, selain prosedur kecemasan standard dilaksanakan susulan kejadian. -AGENSI

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here