Pemandangan Menara Kuala Lumpur yang dicemari jerebu dengan bacaan IPU tidak sihat berikutan aktiviti pembakaran hutan secara meluas di Kalimantan, Indonesia, ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2026.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 32 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4.30 petang ini, menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS).

Bacaan tertinggi dicatatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian (173) di Sarawak, manakala sembilan kawasan lain di negeri itu turut merekodkan IPU tidak sihat, iaitu Samarahan (168), Kuching (166), Sri Aman (157), Bintulu (155), Miri dan Sibu masing-masing 153, Samalaju (131), Limbang (116) dan ILP Miri (106).

IPU tidak sihat turut dicatatkan di Putrajaya dengan bacaan 161 diikuti Nilai, Negeri Sembilan (160), Shah Alam, Selangor (157), Seremban, Negeri Sembilan (156), manakala di Johor melibatkan Segamat (156) serta Batu Pahat dan Tangkak masing-masing 155.

Politeknik Kota Kinabalu, Sabah pula merekodkan bacaan 155, diikuti Cheras, Kuala Lumpur dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing 153, Bandaraya Melaka dan Larkin, Johor masing-masing 152 serta Petaling Jaya, Selangor (151).

Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU tidak sihat ialah Batu Muda, Kuala Lumpur (147), Banting, Selangor (132), Port Dickson, Negeri Sembilan (126), Alor Gajah, Melaka (119), Indera Mahkota Kuantan, Pahang (111), Kuala Selangor (108), Klang (107) dan Balok Baru Kuantan, Pahang (103).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya). – BERNAMA

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here