Isham Jalil

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan DAP perlu menerima hakikat pihak yang `mengeluarkan’ Datuk Seri Najib Tun Razak dari penjara untuk menjalani tahanan di rumah adalah Lembaga Pengampunan yang dianggotai menteri PH dan DAP sendiri.

Sehubungan itu, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil berkata, PH dan DAP perlu mengambil tanggungjawab dalam keputusan melibatkan Najib tersebut.

Malah, kata beliau, keputusan itu juga dibuat ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Perdana Menteri.

“Jika mereka tidak setuju atau protes dengan kuasa SPB YDP Agong dalam hal ini mereka boleh letak jawatan. Tapi mereka tidak letak jawatan.

“Oleh itu sama ada mereka pengecut dan lebih sayang jawatan dan sanggup gadai prinsip, atau mereka memang setuju Najib diampunkan dan pulang ke rumah. Itu sahaja,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Dalam hantaran sama, Isham turut mempersoalkan tindakan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yang mengkritik Pas berhubung keputusan melibatkan Najib tersebut.

Ujarnya, kritikan itu sepatutnya ditujukan kepada Anwar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh yang mempunyai kuasa dalam isu itu, bukannya Pas.

Bagaimanapun, dakwanya, Mohamad tidak mempunyai keberanian untuk mengkritik DAP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here