Memasuki hari ketujuh selepas pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak diumumkan, tiada perkembangan baharu dapat dilihat di Penjara Kajang setakat tinjauan MalaysiaGazette hari ini.
Keadaan di sekitar pintu masuk utama penjara itu kekal tenang tanpa sebarang pergerakan luar biasa yang menunjukkan bekas Perdana Menteri itu akan dibawa keluar untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.















