KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung perlawanan Harimau Malaya dalam saingan FIFA ASEAN Cup 2026.
Menerusi hantaran di media sosialnya hari ini, Anwar berkata, pengumuman itu dibuat susulan pertanyaan orang ramai berhubung siaran langsung perlawanan pasukan negara.
“Ramai yang bertanya di media sosial saya semalam mengenai siaran langsung perlawanan Harimau Malaya dalam FIFA ASEAN Cup 2026.
“Alhamdulillah, saya nak kongsikan berita baik. RTM akan menyiarkan secara langsung perlawanan Harimau Malaya, bermula dengan perlawanan menentang Bangladesh esok,” katanya.
Beliau turut mengajak rakyat Malaysia memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya yang akan beraksi dalam kejohanan berkenaan.
“Ayuh, kita beri sokongan padu kepada pasukan negara!” katanya. – MalaysiaGazette
















