Ab Rauf ketika berucap pada Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, 2026 di sebuah hotel di Banda Hilir di sini hari ini.

MELAKA – Isu penggantungan kegiatan Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak menjejaskan hala tuju Barisan Nasional (BN) dalam rundingan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, proses rundingan tetap akan diteruskan kerana BN mempunyai asas dan hala tuju sendiri tanpa bergantung kepada kedudukan mana-mana gabungan politik lain.

“Dia (isu RoS PN) tak ada memberi kesan apa pun, sebab kita pun tidak menentukan hala tuju kita ke mana.

“Biarlah…kita rundingan itu tetap rundingan. Asas Barisan Nasional di dalamnya ada pelbagai parti, asas Perikatan Nasional juga ada pelbagai parti tetapi tidak menjejaskan hala tuju parti itu sendiri,” katanya.


Ab Rauf menyantuni sebahagian daripada 40 pesara Majlis Penghargaan Pesara Kerajaan Negeri Melaka, di sebuah hotel di Banda Hilir di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Penghargaan Pesara Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2026, di sebuah hotel di Banda Hilir di sini hari ini.

Ab Rauf yang juga Pengerusi BN negeri berkata demikian ketika ditanya mengenai kesan rundingan dengan mana-mana parti termasuk PN apabila RoS mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa semalam.

Menurut RoS, tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 September 2026 berhubung aduan yang dikemukakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Aduan berkenaan antara lain membabitkan dakwaan bahawa Bersatu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai selain isu berkaitan kedudukan dan keanggotaan parti itu dalam gabungan berkenaan.

Ab Rauf Yusoh

Sabtu lalu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa RoS membuat keputusan segera berhubung aduan tersebut.

Mengulas lanjut, Ab Rauf berkata, BN dan PN masing-masing mempunyai struktur serta komponen parti tersendiri, justeru perkembangan membabitkan PN tidak semestinya mempengaruhi hala tuju BN.

Sementara itu, Ab Rauf menegaskan, kedudukan 21 kerusi yang dimenangi BN pada pilihan raya negeri sebelum ini kekal menjadi asas rundingan.

“Setakat ini BN belum menerima sebarang tawaran rasmi atau duduk di meja rundingan dengan mana-mana pihak,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here