Gajah Dara, Amoi dan Kelat (DAK) di Zoo Tennoji. Gambar tangkap layar MPT.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa bertindak segera membawa pulang tiga gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat yang kini ditempatkan di Zoo Tennoji, Osaka, Jepun susulan kebimbangan awam terhadap kebajikan haiwan berkenaan.

Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Gerakan Taiping, Maizatulazwa Abdul Rahim berkata, kebimbangan rakyat terhadap keadaan ketiga-tiga gajah berkenaan sewajarnya diberi perhatian serius oleh kementerian dan tidak hanya dijawab menerusi kenyataan yang bersandarkan maklumat daripada pihak Zoo Tennoji.

“Kebimbangan awam terhadap keadaan kebajikan gajah Dara, Amoi dan Kelat yang sebelum ini dihantar ke Zoo Tennoji sewajarnya diberi perhatian serius oleh pihak kementerian dan rakyat bukan lagi mahu membaca kenyataan yang tidak meyakinkan dikeluarkan pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) hanya bersandarkan maklumat sebelah pihak dari Zoo Tennoji untuk mengelak kebimbangan rakyat sedangkan apa yang dinyatakan dan diperlihat adalah sesuatu yang jauh bertentangan,” katanya dalan satu kenyataan hari ini.

Maizatulazwa Abdul Rahim
Maizatulazwa Abdul Rahim

Menurut Maizatulazwa, keadaan Kelat yang dilaporkan mengalami penurunan berat badan kira-kira 100 kilogram (kg) ketika melalui fasa musth sebelum ini turut menimbulkan persoalan mengenai kebajikan gajah berkenaan.

“Dimanakah terletaknya sifat ihsan dan perikemanusiaan kita kepada mereka. Lebih membimbangkan jika keadaan ini berterusan gajah ini terdedah kepada risiko strok haba,” katanya.

Pada 21 September lalu, MPT menjelaskan, Kelat mengalami penurunan berat badan sekitar 100 kg ketika melalui fasa musth yang berterusan sejak 18 Ogos namun keadaan gajah jantan itu masih terkawal serta dipantau pihak Zoo Tennoji.

Sebelum ini, MPT turut melaporkan pada Julai bahawa Kelat, Dara dan Amoi menunjukkan peningkatan berat badan masing-masing sebanyak 260, 35 dan 30 kg berbanding bacaan sebelumnya serta berada dalam keadaan sihat dan aktif.

Maizatulazwa berkata, kerajaan juga perlu menjelaskan sejauh mana keterlibatan dan hasil dapatan Jawatankuasa Khas Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Parlimen berhubung isu berkenaan.

“Kita menggesa kerajaan untuk bertindak segera membawa pulang ketiga-tiga gajah ini sebelum keadaan lebih serius berlaku dan kita juga mahu mengetahui setakat mana keterlibatan dan hasil dapatan dari Jawatankuasa Khas Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Parlimen serta status cadangan lawatan dan tinjauan keadaan gajah serta kemudahan fasiliti sepertimana yang diumum sebelum ini,” katanya.

Dara, Amoi dan Kelat dipindahkan dari Zoo Taiping & Night Safari ke Zoo Tennoji pada Mac lalu di bawah program kerjasama konservasi jangka panjang antara kedua-dua zoo. Perjanjian berkenaan ditetapkan untuk tempoh 25 tahun.

Awal hari ini, tular rakaman dipercayai memaparkan dua gajah Malaysia, Dara dan Amoi, mencari teduh di tepi tembok Zoo Tennoji di Osaka, Jepun menimbulkan kebimbangan terhadap kebajikan tiga gajah Malaysia yang ditempatkan di premis itu.

Menerusi siaran langsung akaun TikTok Cik Moji Isnin lalu, dua gajah berkenaan dilihat berdiri rapat di bahagian tembok yang terlindung daripada cahaya matahari.

Keadaan itu dirakam ketika hampir keseluruhan kawasan lapang kandang kelihatan terdedah kepada cahaya matahari terik. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

 

Isu DAK: PERKAM bidas MPT, jangan hanya bergantung laporan Zoo Tennoji

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here