Suara mempertahankan institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir terus bergema apabila pelbagai pihak menyeru agar krisis perlembagaan negeri itu diselesaikan berlandaskan adat, kedaulatan serta kedudukan institusi diraja.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati sentimen itu turut disuarakan masyarakat daripada pelbagai latar belakang yang menegaskan kesetiaan kepada Tuanku selain menggesa semua pihak memahami struktur dan perjalanan Adat Perpatih bagi mengelakkan konflik berulang.















