KUALA LUMPUR – Empat kawasan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada paras tidak sihat setakat jam 4.45 petang ini.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Pasir Gudang merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 161, diikuti Kota Tinggi (159), Pengerang (158) dan Larkin (152).
Sementara itu, satu kawasan di Sarawak iaitu Serian turut mencatat bacaan tidak sihat dengan IPU 141.
Dalam kategori sederhana, Sri Aman mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 93, diikuti Kuching (91), Samarahan (81) dan Nilai, Negeri Sembilan (78).
Turut merekodkan bacaan sederhana ialah Tawau, Sabah (76), Bintulu, Sarawak (74), Cheras, Kuala Lumpur (73), Batu Pahat, Johor (72), Mukah, Sarawak (72) dan Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (72).
Sebanyak 68 stesen pemantauan kualiti udara direkodkan dalam data berkenaan setakat jam 4.45 petang.
Orang ramai dinasihatkan merujuk bacaan IPU semasa dan mengambil langkah sewajarnya sekiranya kualiti udara berada pada tahap tidak sihat. – MalaysiaGazette
















