Gambar jengkaut yang terbalik dalam Tasik Bera hari ini ihsan JBPM Pahang

BERA – Seorang pemandu jengkaut berusia 26 tahun meninggal dunia akibat lemas selepas kenderaan itu terbalik ke dalam Tasik Bera, di sini kira-kira jam 2 petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, jengkaut itu dipercayai terbalik ketika kerja-kerja pembersihan di tasik berkenaan dilakukan mangsa bersama seorang lagi rakannya.

“Sejurus menerima panggilan berhubung kejadian, seramai enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang bergegas ke lokasi dan membuat pencarian menggunakan bot RAMSAR di sekitar kawasan jengkaut terbalik.

“Anggota bertindak membuka pintu jengkaut dan berjaya mengeluarkan mangsa kira-kira jam 4.10 petang tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar ihsan JBPM Pahang

Beliau berkata, mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi terbabit.

Menurut Mohd Salahuddin, seorang lagi rakan mangsa yang berusia 28 tahun terselamat dalam kejadian berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here