KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menziarahi pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, pagi tadi.
Bekas Perdana Menteri itu dilaporkan tiba di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya kira-kira jam 11.05 pagi ditemani ahli keluarganya dan meninggalkan kawasan tersebut 15 minit kemudian.
Beliau kelihatan menangis dan beremosi ketika membaca doa di pusara isteri yang dikahwininya selama 70 tahun.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dilaporkan dalam perjalanan ke kediamannya di Seri Kembangan selepas keluar dari Institut Jantung Negara (IJN).
Setiausaha Akhbar beliau, Sufi Yusoff berkata, Dr Mahathir agak penat disebabkan kurang tidur selepas pemergian Dr Siti Hasmah, kelmarin.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 9.20 pagi, Isnin lalu, pada usia 100 tahun, jam
Dr Siti Hasmah meninggalkan tujuh orang anak serta ahli keluarga yang lain. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
Dr Siti Hasmah banyak cerita soal tuhan, alam baqa sebelum pemergiannya – Zahid
















