TERKINI : PPBM Sedia Terima Anwar Ibrahim Sebagai Pengganti Tun M

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersedia menerima Datuk Seri Amwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang bakal menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Wan Saiful salah satu parti dalam gabungan itu maklum tentang perjanjian Pakatan Harapan sebelum ini bahawa Pengerusi PPBM akan berundur dalam tempoh tertentu untuk memberi laluan kepada Anwar.

“Kita (PPBM) daripada awal bersedia (bertukaran Perdana Menteri) daripada sebelum tubuh kerajaan kita sudah bersedia bahawa selepas Tun M Datuk Seri Anwar akan jadi PM,” katanya kepada pemberita.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast