Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr. Mahathir
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan.

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah membantah rancangannya untuk menjadi Perdana Menteri selama dua tahun.

Dr. Mahathir berkata, Anwar juga tidak pernah menyatakan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri lebih awal.

“Beliau tidak membantah, tetapi menunjukkan sokongan kepada saya,” kata Dr. Mahathir kepada Sinchew Daily.

Dr. Mahathir berkata, beliau berharap dapat menjadi Perdana Menteri selama dua tahun lebih untuk memperkasakan semula kerajaan.

“Usaha ini hanya siap 30 hingga 40 peratus pada masa ini, tetapi bahagian yang susah telah pun diselesaikan.
.
“Rentak akan dipercepatkan pada tahun yang baharu untuk menjadikan negara ini lebih baik

” Saya fikir mahu diberi masa dua tahun lebih, mungkin lebih sedikit (daripada dua tahun),” kata Dr. Mahathir sambil menambah Anwar masih pilihannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir menafikan dirinya sebagai pemimpin yang pro-Jepun tetapi anti-China.

Beliau sebaliknya berkata, Kuala Lumpur telah banyak kali mempertahankan dan bersuara untuk Beijing dalam persada antarabangsa sekali gus menunjukkan Malaysia ialah kawan kepada China.

“Portugal datang dari jauh dan mereka menjajah tanah kita selepas tiba di sini tidak sampai dua tahun. China pula sudah lama bersama kita, tetapi mereka tak pernah menjajah kita.

“Oleh itu, siapa yang harus ditakuti? Eropah atau China?” tanya Dr. Mahathir.

Mengenai hubungan dengan Singapura pula, Dr. Mahathir berkata, hubungan dua negara adalah elok dan pertikaian yang kadang-kala berlaku boleh diselesaikan melalui rundingan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast