TERKINI : KERAJAAN BERTUKAR! Pengundi Semenyih Kesal Pembinaan Jambatan Terhenti

Penduduk di sekitar kawasan Semenyih meluahkan rasa tidak puas hati terhadap projek pembinaan jambatan baharu untuk menggantikan jambatan lama di Jalan Semenyih yang menghubungkan Jalan Bangi Lama dan laluan Kuala Lumpur-Seremban melalui pekan itu.

Menurut Mohd Nasir Leman, 52 menerusi tinjauan MalaysiaGazette, projek tersebut tergendala semenjak pertukaran kerajaan selepas pilihan raya umum yang lalu yang pada akhirnya menyusahkan penduduk setempat.

“Jambatan dekat Pejabat Pos tu, sebelum PRU tu sampai lepas tu nampak macam tak da perkembangan projek pembinaannya,” katanya.

Sekalipun projek itu diumumkan oleh parti kini tidak lagi menjadi sebuah kerajaan, namun katanya lagi, sepatutnya ia tidak terhenti apatah lagi jambatan itu sepatutnya memberikan manfaat kepada penduduk sekitar pekan Semenyih.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast