Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Strategi dan Transformasi), Ang Yoke Kee bercakap kepada media pada sambutan Tahun Baru Cina Prasarana di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 FEBRUARI 2019

KUALA LUMPUR – Kesemua isu berkaitan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) termasuk pembayaran kepada kontraktor telah diselesaikan.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd., Ang Yoke Kee enggan menjawab bilakah kerja-kerja pembinaan LRT 3 akan disambung semula.

“Program hari ini adalah hanya mengenai sambutan Tahun Baharu Cina sahaja.
“Sebarang kenyataan lain akan dibuat dalam acara berasingan tetapi apa yang boleh saya kataka semuanya bagus,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baharu Cina di stesen LRT Pasar Seni hari ini.

MGF13022019_PRASARANA TAHUN BARU CINA_17
Tarian singa menghiburkan penumpang sempena sambutan Tahun Baru Cina di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 FEBRUARI 2019

Kerja-kerja pembinaan LRT 3 terpaksa ditangguhkan tahun lepas apabila kerajaan bertindak untuk menyemak semula projek dan meminta supaya kosnya dikurangkan.

Pembinaan jajaran ketiga LRT yang sepanjang 37 kilometer itu telah bermula lebih setahun setengah yang lalu.

Bulan lepas Malaysian Resources Corporation Bhd. (MRCB) dan George Kent Bhd. menandatangani kontrak perjanjian harga tetap dengan Prasarana untuk kerja-kerja mereka, membina dan pentauliahan LRT 3 dari Bandar Utama ke Johan Setia di Kelang, Selangor.

MRCB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak harga tetap itu untuk kerja-kerja mereka, membina dan pentauliahan LRT3 dari Bandar Utama ke Johan Setia di Klang. -MalaysiaGazette

Artikel berkaitan:

MRCB-GK dapat kelulusan sambung semula LRT3

LRT3: Spesifikasi disemak semula mampu tampung permintaan, tepati piawaian

Negara ini tidak mampu untuk membiayai projek LRT3 – Guan Eng

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast