Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan kerana kejayaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau.

Bekas perdana menteri itu menyifatkan kejayaan BN itu Mohamad sebagai kemenangan cemerlang.

“Alhamdulillah. BN berjaya lagi,” katanya di Facebook.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mad mendahului dengan 10,397 undi, manakala Dr S Streram (PH) mendapat 5,887 undi selepas kesemua 56 peti undi dikira.

Manakala kedua-dua calon bebas, R. Malar mendapat 83
undi dan Mohd Nor Yassin 79 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast