Pintu gerbang rosak selepas gempa bumi dengan 6.1 magnitud melanda Filipina semalam. foto Agensi

MANILA – Pasukan penyelamat Filipina melancarkan operasi mengesan mangsa-mangsa yang masih hidup dan terperangkap di bawah runtuhan bangunan empat tingkat selepas gempa bumi kuat melanda negara itu.

Bencana alam dengan 6.1 magnitud telah mengorbankan 11 nyawa dan memusnahkan beberapa bangunan.

Jentera berat dan anging pengesan digunakan oleh pasukan keselamatan yang disertai oleh anggota polis, bomba dan tentera untuk mengalihkan konkrit di bandar Porac, kira-kira 108 kilometer dari Manila.

Sejak malam tadi, tujuh orang telah diselamatkan manakala empat mayat ditemui terperangkap dalam runtuhan bangunan.

“Usaha menyelamat sedang dijalankan dan kami mendengar bunyi. Jumlah yang terperangkap tidak diketahui,” kata Gabenor Pampanga, Lilia Pineda.

Gempa bumi itu dirasai di kawasan perniagaan utama di Manila dengan penduduk dan penghuni bangunan menyelamatkan diri selepas gegeran dirasai beberapa minit.

Kejadian itu menyebabkan perkhidmatan keretapi terganggu.

Kerajaan Filipina mengisytiharkan hari ini cuti bagi penjawat awam di Metro Manila bagi membolehkan pemeriksaan bangunan dijalankan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast