KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying terus menambah koleksi juara apabila memenangi Terbuka New Zealand sebentar tadi.
Pasangan itu menewaskan gandingan Indonesia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti 21-14, 16-21, 29-27 dalam aksi final.
Ini adalah kejuaraan kedua buat pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu tahun ini selepas turut berjaya melakukannya di Masters Thailand, Januari lalu.
Pasangan nombor lima dunia itu mara ke final selepas cemerlang menewaskan gandingan Indonesia, Hafiz Faizal-Gloria Emanuelle Widjaja 21-14, 22-18 dalam aksi separuh akhir semalam. – MalaysiaGazette
















