KUALA LUMPUR – Pemain bass terkenal tanah air, Kelly meninggal dunia petang semalam.
Allahyarham Kelly atau nama sebenarnya, Wan Kelly Abdul Rahman menghembuskan nafas terakhir selepas mengadakan sesi latihan bagi menjayakan pementasan Malam Kasih Amal di Ipoh, Perak yang berlangsung malam tadi.
Pemergian pemuzik berusia 47 tahun itu amat mengejutkan seluruh karyawan yang terlibat dalam pertunjukan amal itu.
Malah sebelum rebah di pentas, Allahyarham sempat bergurau dengan rakan-rakan ketika sesi latihan.
Arwah merupakan pemuzik popular yang sering mengiringi persembahan ramai penyanyi popular tanah air.
Akai Allahyarham dapat dilihat di pelbagai pertunjukkan bersakala besar selain banyak menyumbang khidmat dalam rakaman album penyanyi-penyanyi Malaysia.
Sementara itu, jenazah dibawa ke Kuala Lumpur selepas selesai proses bedah siasat dilakukan.
Allahyarham meninggalkan isteri, Zeti Nezlin Zulkifli dan tiga orang cahaya mata Wan Adam Nuqman, 20, dan pasangan kembar, Wan Afri Zareeth dan Wan Efra Armand,15. – MalaysiaGazette
















