Gambar hiasan

MADRID – Polis di Sepanyol telah menahan beberapa pemain bola sepak sebahagian penyiasatan berhubung dakwaan terlibat dalam mengatur perlawanan bola sepak.

Bekas dan pemain semasa selain eksekutif kelab bola sepak daripada dua divisyen liga teratas Sepanyol telah ditahan dalam satu operasi serbuan untuk disiasat polis.

“Tindakan polis menyusul ekoran aduan berkemungkinan wujud unsur pengaturan perlawanan pada Mei 2018 lalu dari La Liga kepada pihak berkuasa Sepanyol,” kata jurucakap La Liga.

La Liga telah melaporkan lapan lagi aduan unsur atur perlawanan kepada polis.

“Semasa musim La Liga 2018/19 lalu, lapan aduan difailkan kepada Pesuruhjaya Tinggi polis negara itu selepas wujud tindakan berkaitan pengaturan perlawanan bola sepak di divisyen bawah bola sepak Sepanyol dan perlawanan persahabatan antarabangsa yang diadakan di negara itu.

“Kami juga berterima kasih kepada polis atas tindakan efisien untuk membongkar apa yang disebut sebagai jenayah terancang untuk kebaikan ekonomi dan imej bola sepak,” kata La liga dalam kenyataan rasmi.

Tindakan operasi polis juga membuktikan keseriusan La Liga menjamin sistem integriti dan kebersihan perlawanan dalam bola sepak Sepanyol.

“La liga akan terus melawan terhadap sebarang unsur buruk yang mampu mencemarkan imej La Liga sebagai melindungi keadilan perlawanan bola sepak Sepanyol,” tegas La Liga.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast