KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan laporan sebuah portal berita tempatan yang memetik sumber mendakwa hanya empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) yang beroperasi.
Dalam kenyataan lewat malam ini, jabatan penguatkuasa jalan itu berkata dakwaan itu kononnya majoriti kamera Awas tidak berfungsi adalah tidak benar sama sekali.
“Sebenarnya pengoperasian beberapa sistem Awas ini ditangguhkan sementara waktu.
“Ini kerana ia telah terlibat dengan kemalangan dan sedang dilaksanakan kerja kerja pendawaian dan pemasangan semula,” kata jabatan itu.
Justeru katanya, kesemua 41 kamera Awas adalah masih dalam keadaan baik dan sedang beroperasi.
“Sementara itu statistik saman Awas sejak pengambilalihan oleh JPJ sehingga Mei 2019 adalah sebanyak 1609, 051 jumlah saman telah dikeluarkan JPJ.
‘Selain itu JPJ juga menyangkal dakwaan berkenaan ketiadaan kepakaran untuk menjalankan pengoperasian kamera-kamera Awas seperti dilaporkan portal tersebut.
Kenyataan itu menyusul selepas portal itu pada 5 Jun lalu mendakwa hanya empat daripada 45 kamera Awas di seluruh negara berfungsi sejak pengoperasian diambli alih pada September 2018.
Malah 41 kamera jalan raya dan lebuh raya yang dulu dikenali dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak didakwa tidak berfungsi kerana tidak diselenggara.- MalaysiaGazette
















