KUALA LUMPUR – Sehari selepas memulakan semula tugas sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan parti komponen BN.

Semalam, beliau mengadakan pertemuan dengan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Hari ini, selepas melantik lima pemimpin UMNO menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO – beliau juga mengadakan pertemuan dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Wee Ka Siong dan Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran.

Pertemuan selama dua jam itu diadakan di pejabat parti di sini hari ini.

“Pertemuan ini adalah merupakan langkah strategik yang pertama yang diambil oleh beliau sejurus kembali semula menjalankan tugas sebagai Pengerusi BN,” kata kenyataan BN hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast