Shoya Nakajima kini milik Porto.

KUALA LUMPUR – Selepas Hidetoshi Nakata, Shunsuke Nakamura dan Shinji Kagawa, bola sepak Jepun terus mencipta sejarah apabila kini memiliki pemain termahal baharu di negara itu.

The Japan Times melaporkan,  kelab Portugal iaitu Porto telah sah mendapatkan pemain tengah bernama Shoya Nakajima.

Pemain itu mengikat kontrak jangka panjang menerusi kontrak selama lima tahun.

Porto membayar harga yang cukup tinggi untuk mendapatkan Nakajima dengan harga sebanyak $40 juta (RM160 juta) dari kelab Qatar, Al-Duhail.

Pembelian tersebut menjadikan Nakajima sebagai pemain Jepun paling mahal dalam sejarah.

Nakajima merupakan nama yang tidak asing dalam kancah bola sepak Portugal sebelum ke Qatar dan pernah beraksi bersama-sama pasukan Portimonense dari tahun 2017.

Dia merupakan pemain tengah yang cukup lincah dan mempunyai memiliki kemahiran gelecek yang baik serta mempunyai hantaran yang mantap.

Pemain berusia 24 tahun itu boleh beraksi di bahagian kiri namun selesa di bahagian tengah serta kanan.

Sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Premier League untuk bersama-sama Wolverhampton Wanderers. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast