KUALA LUMPUR – Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Betty Banafe mengaku sudah bercerai dengan suaminya Brucee Dargus pada 10 Julai yang lalu.

Betty atau Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe berkata, keputusan untuk berpisah dibuat selepas lebih setahun kedua-dua mereka tidak lagi tinggal sebumbung.

Tambah Betty mereka juga telah berusaha untuk menyelematkan perkahwinan yang dibina namun gagal.

“Apa yang kami putuskan (bercerai) adalah yang terbaik untuk semua pihak termasuk anak-anak.

“Saya dan bekas suami hanya mahu berdepan realiti bahawa kami sudah tiada persefahaman sebagai suami isteri. Memang klise tetapi itulah kebenarannya,” katanya.

Namun beliau yang berusia 40 tahun tidak akan berdendam dengan bekas suami sebaliknya mendoakan mereka masing-masing akan menemui kebahagiaan.

“Saya tidak trauma dengan perceraian ini. Bruce bapa yang baik dan penyayang kepada anak-anak. Jadi, saya harap dia temui kebahagiaan selepas ini,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Betty turut memberitahu hak penjagaan anak-anak masih dalam proses perbicaraan mahkamah kerana bekas suami juga menuntut hak tersebut.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2012 itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast