locate Jho Low Low Taek Jho fugitive businessman
Jho Low

ATHENS – Cyprus telah memulakan proses untuk menarik balik kewarganegaraan seramai 26 individu, termasuk Jho Low, ahli perniagaan Malaysia yang masih diburu.

Tindakan itu dipercayai dilakukan selepas Reuters dan agensi berita lain mendedahkan identiti penerima kewarganegaraan Cyprus yang turut membabitkan golongan elit dari Kemboja.

Dalam laporan sebelum ini, Reuters melaporkan saudara-mara dan sekutu Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menerima pasport tersebut secara rahsia menerusi skim pelaburan Cyprus.

Susulan itu, pihak berkuasa Cyprus melancarkan siasatan.

Menteri Dalam Negeri, Constantinos Petrides tidak mendedahkan kenegaraan atau identiti individu yang berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast