KUALA LUMPUR – Selepas Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berkeras mahu mengadakan Kongres Jawi berhubung penolakan Jawi, satu lagi himpunan akan diadakan bagi mempertahankan tulisan itu.

Himpunan aman yang dinamakan ‘Himpunan Pertahan Tulisan Jawi’ itu akan diadakan di Stadium Kajang bermula jam 10.30 pagi.

Menurut satu jemputan di aplikasi WhatsApp, ia dianjurkan Gabungan NGO Melayu Islam Bangkit.

“Seluruh umat Islam termasuk pertubuhan-pertubuhan Melayu Islam, kumpulan silat serta rakyat yang cintakan perpaduan dijemput hadir bersama-sama untuk menzahirkan sokongan pertahan Tulisan Jawi.

“Sokongan semua amatlah diperlukan didalam mendepani kebiadapan dan provokasi Dong Jiao Zong kini,” kata jemputan itu.

Himpunan itu akan disertai lebih 40 NGO antaranya Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (PERKID), Sekretariat Gabungan Silat Pertahan Perlembagaan (PERTAHAN), serta Aktivis Busana Melayu (ABM).

Himpunan menyeru agar para peserta yang ingin menghadiri himpunan itu agar memakai baju berwarna putih.

Himpunan diadakan bagi membantah penganjuran Kongres Jawi yang dianjurkan Dong Jiao Zong. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast