Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menempelak pemimpin Melayu Pakatan Harapan (PH) yang menganjurkan Bengkel Seni Kaligrafi Cina di Lembah Pantai.

Katanya, bengkel anjuran Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dilaporkan secara meluas dalam slot berita sebuah televisyen swasta dengan tajuk Kaligrafi Cina Pupuk Perpaduan.

Majlis itu dihadiri dan diraikan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang merupakan Pengarah Komunikasi PKR.

“Agaknya, Fahmi sudah hilang kewarasan kerana ketika polemik tulisan khat-Jawi dibantah oleh Dong Jiao Zong yang membuat sidang media menghina Jawi secara terbuka, beliau seakan mempamerkan sikap tidak sensitif dengan mempromosi program sebegini.

“Ironinya, Fahmi mengambil sikap berdiam diri dikala tulisan Khat-Jawi dicemuh dan tulisan Jawi dituduh sebagai bahan agenda Islamisasi sebaliknya beliau bersungguh memperkenalkan kaligrafi Cina sebagai alat perpaduan di negara ini,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kata Ismail Sabri, beliau hairan tulisan jawi ditentang dengan hebatnya oleh Dong Zhong, namun Ahli Parlimen berbangsa Melayu dari PKR itu, Dong Zhong dan mereka yang menentang Jawi tidak melihat tulisan itu juga sebagai alat untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat.

Jelas Ismail Sabri, tulisan Jawi juga boleh dianggap sama dengan kaligrafi Cina yang mempunyai unsur budaya dan kenapa pemimpin Melayu dari PKR dan PH perlu hipokrit.

“Tindakan begini memang jelas dilihat berat sebelah dan tidak adil terhadap orang Melayu dan Islam.

“Orang Melayu dan Islam sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan, malah ramai anak Melayu mahir dalam Bahasa Mandarin serta mesra dengan kebudayaan Cina termasuk perayaan, pemakaian dan sebagainya,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, apabila berkaitan dengan orang Melayu dan Islam, kumpulan tertentu bagaikan dirasuk, sedangkan Melayu Islam adalah majoriti di negara ini.

Ujarnya, sebagai ahli parlimen yang muda dalam kerajaan PH, Fahmi perlu rasional dan adil terhadap sensitiviti orang Melayu dan Islam serta tidak sepatutnya hipokrit dan menjadi ‘pak turut’ kepada kumpulan chauvinis yang rasis dan ekstremis.

“Jika kaligrafi Cina dianggap sebagai alat memupuk perpaduan, maka Fahmi dan Dong Zong mesti menganggap tulisan Jawi alat memupuk perpaduan,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Menteri Melayu dalam PH dan pemimpin tinggi dia semua macai DAPig. heran ke. boleh dikatakan Melayu dalam PH tu seperti Raja Mandela dan Si kitol. yang merosakkan bangsa sendiri.

Comments are closed.