Petroliam Nasional Bhd (Petronas)
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Saham berkaitan Petronas tinggi dalam dagangan awal hari ini, selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan Kerajaan Negeri Sarawak dan Pengawal Cukai Jualan Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Pada 10 Dis tahun lepas, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada syarikat minyak nasional itu untuk memohon semakan kehakiman bagi membatalkan Notis Penilaian membabitkan kira-kira RM1.3 bilion dalam Cukai Jualan Negeri (SST).

Menurut Borneo Post, Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam menolak rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk memberi kebenaran kepada Petronas.

Mahkamah kemudiannya mengarahkan supaya semakan kehakiman Petronas didengar di Mahkamah Tinggi pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Jumlah RM1.3 bilion SST yang tidak dibayar dan penalti itu dikira sehingga 30 Jun, 2019, menurut akhbar berkenaan.

Pada 10 Dis tahun lepas, Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Petronas untuk memohon semakan kehakiman bagi mengisytiharkan seksyen tertentu dalam Ordinan Cukai Jualan Negeri Sarawak sebagai ‘ultra vires’ kepada Perlembagaan Persekutuan.

Secara berasingan, saman sivil kerajaan Sarawak terhadap Petronas kerana tidak membayar SST dan penalti, akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuching pada 14 Januari.

Pada 11.09 pagi, saham Petronas Chemicals meningkat tujuh sen kepada RM7.52 dengan 289,500 saham bertukar tangan, Petronas Gas naik 34 sen kepada RM17.22 dengan 97.900 saham diniagakan manakala Petronas Dagangan tidak berubah pada RM23.10.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast