SPRM
MELAKA – Seorang ahli perniagaan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dalam proses penjualan tanah wakaf masjid di sini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Melaka Mohd Anuar Ostadi membenarkan suspek direman berikutan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lelaki berkenaan yang berpakaian kemeja-T jingga ‘Lokap SPRM’ dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini kira-kira 10.30 pagi ini untuk permohonan reman itu.

Bernama semalam melaporkan suspek berusia 66 tahun itu yang merupakan pembeli tanah berkenaan ditahan di pejabat SPRM Melaka di Alai di sini pada 12.15 tengah hari semalam.

Tanah wakaf tidak boleh dijual-beli dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Pada Rabu lepas, bekas pengerusi dan bekas setiausaha jawatankuasa sebuah masjid di sini direman empat hari bagi membantu siasatan kes sama.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast