Logo AirAsia X

KUALA LUMPUR- AirAsia X Bhd menubuhkan jawatankuasa lembaga pengarah yang terdiri daripada ahli bukan eksekutif, khusus untuk mengkaji semula dakwaan terhadap syarikat itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia X berkata jawatankuasa itu akan melaksanakan sebarang langkah yang perlu berdasarkan semakan semula itu termasuk pelantikan pakar bebas.

“Kemas kini mengenai pengumuman itu akan dibuat sebaik sahaja pelantikan itu dimuktamadkan,” kata AirAsia X.

Sementara itu, saham AirAsia X dan syarikat sekutunya, AirAsia Group Bhd dalam dagangan cergas hari ini selepas merekodkan aliran menurun sebelum ini susulan laporan berita yang mendakwa syarikat penerbangan tambang rendah itu menerima rasuah AS$50 juta daripada pengeluar pesawat, Airbus.

Peningkatan harga saham itu adalah selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaporkan menjual 7.92 juta saham dalam AirAsia.

KWSP bagaimanapun terus memegang 210.4 juta saham mewakili 6.29 peratus kepentingan dalam AirAsia selepas penjualan berkenaan.

-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast