Shahril Ridza Ridzuan

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional (Khazanah) menyifatkan laporan yang diterbitkan Focus Malaysia telah menjejaskan sebarang usaha korporat membabitkan Malaysia Airlines Berhad.

Malah, laporan itu juga dianggap telah melemahkan keyakinan terhadap integriti Khazanah sebagai rakan korporat profesional dan menjejaskan reputasinya yang pada akhirnya menjejaskan kemampuannya untuk melakukan urus niaga pada masa hadapan.

Sehubungan itu, Khazanah telah meminta Focus Malaysia untuk  berhenti menyiarkan apa-apa maklumat mengenai tindakan korporat yang pada kebiasaannya adalah rahsia.

Cadangan yang didakwa  bernilai RM8 bilion itu memperincikan tujuh perkara termasuk penubuhan sebuah syarikat gabungan yang akan diapungkan di Bursa Malaysia.

Ia juga mendakwa Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan menerima baik cadangan tersebut tetapi tidak dipersetujui lembaga pengarah syarikat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast