Ayatollah Ali Khamenei pada majlis pertemuan dengan komander-komander tentara udara di Iran. foto Reuters

DUBAI – Iran perlu meningkatkan kekuatan ketenteraannya untuk mencegah peperangan, kata pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei dalam perhimpunan komander tentera udara

“Kita harus kuat untuk menghalang sebarang peperangan menentang negara ini. Kalau lemah, akan menggalakkan musuh menyerang Iran,” kata Khamenei seperti yang dilaporkan oleh agensi berita negeri IRNA.

Tehran berikrar untuk meningkatkan kekuatan ketenteraannya meskipun tekanan meningkat darioada negara-negara Barat untuk mengurangkan kemampuan ketenteraannya, selain program peluru berpandu balistik.

Ketegangan antara Tehran dan Washington telah meningkat sejak tahun 2018 apabila Presiden Donald Trump menarik balik perjanjian 2015 di antara Iran dan kuasa dunia itu.

“Sejak revolusi, matlamat mereka adalah untuk menghalang kita daripada memiliki tentera dan angkatan udara yang kuat … tapi lihat kita sekarang, kita sudah membina pesawat, kami telah mengubah tekanan kepada peluang,” kata Khamenei.

Iran meraikan ulang tahun ke 41 revolusi Islam, yang menggulingkan Shah Mohammad Reza Pahlavi yang disokong Amerika Syarikat pada tahun 1979.

Washington telah melancarkan sekatan ke atas eksport minyak Iran, dengan tujuan memaksa Iran untuk berunding bagi mencapai kesepakatan yang lebih luas.

Khamenei menyifatkan sekatan Amerika Syarikat sebagai “tindakan jenayah”, telah melarang pegawai Iran daripada mengadakan berunding dengan Washingon kecuali Amerika Syarikat kembali kepada perjanjian itu dan mengangkat semua sekatan.

Dalam ucapannya, Khamenei berkata, Iran perlu memisahkan ekonomi dari pergantungan kepada eksport minyak.

Iran dan Amerika Syarikat berada dalam peperangan pada awal Januari lalu apabila jeneral tentera tertinggi Iraq, Qassem Soleimani terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat semasa di Baghdad.

Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan peluru berpandu ke pangkalan tentera Amerika Syarikat di Iraq. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast