Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed (tiga kanan) menerima sumbangan bekalan makanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Shah Alam, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 25 MAC 2020

SHAH ALAM – Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menyumbangkan  makanan kepada anggota polis berikutan pengorbanan pasukan keselamatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Subangan itu akan dilakukan sehingga 31 Mac.

Presidennya, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, meskipun pada waktu ini bekalan makan sedikit terhad namun MPM akan tetap berusaha menghulurkan bantuan kepada barisan hadapan negara yang bertungkus lumus memastikan rakyat mematuhi perintah kerajaan demi kebaikan bersama.

“Kalau tidak ada makanan tengah hari pun kita akan cuba untuk hantar makanan kering (roti) hari-hari, insyAllah,” katanya selepas menyerahkan 250 pek makanan tengah hari di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor hari ini.

Menurut beliau, MPM turut mengedar makanan kepada anggota polis di sekitar Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast