Datuk Seri Amiruddin Shari

KUALA LUMPUR – Individu yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga di Selangor dinasihatkan supaya segera membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, aduan mengenai perkara itu boleh dibuat kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Persatuan Tindakan Semua Wanita (Awam).

“Selangor ingin bersama dalam usaha membanteras keganasan rumah tangga. Laporkan kes yang berlaku dalam komuniti atau diri anda kepada pihak yang sepatutnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, berdasarkan statistik PDRM pada 2017, Selangor merekodkan 17 peratus kes keganasan rumah tangga yang merupakan catatan tertinggi di seluruh negara.

Pada 10 April lalu, WAO memaklumkan bilangan panggilan dan aduan melalui WhatsApp berhubung kes tersebut meningkat 14 peratus berikutan mangsa dan pelaku mempunyai lebih banyak masa di rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast