KUALA LUMPUR – Berkuatkuasa hari ini, para penumpang AirAsia dibenarkan membawa dua bagasi kabin yang berat keseluruhannya tidak melebihi 7 kilogram (kg).

Menurut AirAsia, penumpang dibenarkan membawa satu beg kabin bersaiz tidak melebihi 56cm (ketinggian) x 36cm (lebar) x 23cm (panjang) atau ukuran maksimum 115cm dan muat untuk disimpan di ruangan simpanan atas dalam kabin pesawat dan satu beg komputer riba atau satu beg kecil tidak melebihi 40cm (ketinggian) x 30cm (lebar) x 10cm (panjang) atau ukuran maksimum 80cm dan pastikan beg ini boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan.

Para penumpang yang mahu membawa bagasi kabin lebih daripada had elaun tersebut dinasihatkan untuk membuat pra-tempahan elaun bagasi sebelum penerbangan.

Pembelian bagasi atau naik taraf boleh dilakukan melalui airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia sehingga 4 jam sebelum waktu penerbangan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast