Banyak kenderaan terperosok di bawah treler dalam satu kemalangan di Kilometer 223, Simpang Ampat, Melaka malam tadi.-Gambar ihsan Twitter Mohd Redzuan Abdu Manap.

KUALA LUMPUR – Banyak kenderaan terperosok di bawah treler dalam satu kemalangan di Kilometer 223, Simpang Ampat, Melaka malam tadi.

Menurut Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), maklumat awal mendapati berlaku kemalangan dari arah Pedas Linggi ke Simpang Ampat

Ia menyebabkan keadaan trafik perlahan arah selatan, kata LLM.

Sementara itu, seorang netizen, Mohd Redzuan Abdul Manap menulis dalam Twitternya, banyak kenderaan terperosok bawah treler yang melintang di kedua dua laluan Lebuhraya Utara Selatan itu.

“Ia menyebabkan jalan menjadi sesak lebih enam kilometer,” katanya.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenainya belum diketahui.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast