KUALA LUMPUR – Akibat kelantangannya membantah isu pemasangan tanglung, kewujudan sekolah vernakular, kewarganegaraan bukan Melayu dan tidak ada istilah Cina serta India menyebabkan Mohd Khairul Azam Abdul Aziz diberi surat tunjuk sebab oleh Lembaga Tatatertib Peguam.
Ketika mendedahkan perkara itu, peguam yang juga pimpinan Parti Putra itu menerima dua surat tunjuk sebab itu hari ini selepas dua individu – masing-masing seorang Cina dan India membuat aduan kepada lembaga berkenaan.
“Hari ini, saya menerima dua surat tunjuk sebab daripada Lembaga Tatatertib Peguam berkaitan aduan daripada seorang Cina dan seorang India terhadap saya.
“Aduannya mengenai beberapa posting Facebook dan Twitter saya berkaitan isu tanglung, isu sekolah vernakular, isu kewarganegaraan bukan Melayu dan isu tiada istilah Cina dan India dalam Perlembagaan Negara,” katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.
Mohd Khairul Azam berkata, tuduhan itu menyatakan status Facebook beliau telah memalukan profesion guaman dan pengadu mahu Lembaga Tatatertib Peguam menggantung atau menarik balik lesen guamannya.
Katanya, beliau akan melawan habis-habisan tuduhan itu demi untuk mempertahankan haknya sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai hak bersuara dalam apa juga keadaan tanpa melanggar undang-undang.
“Sebagai peguam, saya akan mempertahankan hak saya dan seperti biasa, saya akan lawan habis-habisan.
“Sebelum saya terlibat dalam politik dan dalam memperjuangkan hak orang-orang Melayu, saya telah lama ‘berumah di tepi pantai’. Maknanya saya tidak takut kalau ombak melanda.
“Memang saya sudah bersedia menghadapi tsunami pun,” katanya.
Mohd Khairul Azam antara peguam dan rakyat Malaysia yang ke hadapan dalam mempertahankan Perlembagaan Negara dari dipermainkan sewenang-wenangnya oleh bukan Melayu.
Justeru, beliau bangkit membawa isu sekolah vernakular ke mahkamah dan menghantar surat kepada seorang pengetua sekolah memaklumkan, beliau menerima aduan dari ibu bapa yang tidak selesa dengan hiasan berlebihan tanglung sempena Tahun Baru Cina. – MalaysiaGazette

















Bgus. Aku nk bngsa melyu mcn ni lh..lwan apa shja yg tidak kena dgn ngra kita, pasti bngs asal.di hormati, jgn smpai satu undang2 sprti indonesia,
Teruskan Khairul Azam
Bagus Khairul Azam ni, beliau sentiasa menegakkan demokrasi, hak2 bersuara berdasarkan perlembagaan negara!
Susah nak cari peguam yang berani macam ini.
Syabas Khairul Azam, ramai bersama2 anda! Sudah masanya kerajaan rule negara ini berdasarkan hak2 perlembagaan! Ianya tiang negara yang telah dipasakkan oleh raja2/pengasas negara dahulu!
Haha.. itu lua jali tunjuk sama sapa bos? Haha
Biadap punya peguam..tunjuk jari tengah pulak..peguam rasist fasist pelampau kaum perosak perpaduan berotak sempit jumud mcm ni lah ‘musuh kepda keharmonian kaum dn agama dimalysia..
Hello aduka kirana, u jangan wayang nama olang melayu boleh tak? U RBA muat wayang loh. Indonesia, Thailand negara rasis meh? Jika tak ada sekolah vernakular kira rasis dan tak boleh hidup aman meh? Itu sana indonesia aman sahaja takda itu sekolah.
Adoi’ bodoh bahlul …betulkah indonesia aman damai?..lihat bagimna extremist islam bodoh bom gereja bom balai polis pelampau2 islam rasist taksub dgn negara ‘khalifah’ ..lihat ulama2 islam mereka Riziq shihab pelampau FPI haramkn kristmas,haramkn arak,haramkn judi, haramkn memilih pemimpin kafir spt kes Ahok..ini kau kata aman dgn hnya satu sistem sekolah?..