Roger Federer akan kembali beraksi di Terbua Australia pada Januari 2021.

LONDON -Bintang tenis dunia, Roger Federer bakal kembali dalam Kejohanan Terbuka Australia pada Jauari 2021.

Bintang kelahiran Sweetzerland itu menyatakannya dalam wawancara khas sebuah akhbar hari ini.

Pemai berusia 39 tahun itu kini sedang menjalani rawatan pemulihan selepas menjalani pembedahan pada lutut kaki kanan awal tahun ini.

Federer mara ke pusingan separuh akhir kejohanan terbuka Melbourne Park pada awal Januari lalu namun terpaksa berehat seketika selepas menjalani rawatan pembedahan kedua yang dipanggil sebagai prosedur ‘Arthroscopic pada lutut kanan.

“Saya berada pada landasan terbaik kembali beraksi. Yang pasti saya akan kembali tetapi akan mengambil masa secukupnya (proses pemulihan) dan tidak mahu memberi tekanan kepada diri sendiri.

“Saya hanya akan mengambil bahagian dalam kejohanan apabila kembali cergas 100 peratus,” kata pemegang 20 kali gelaran Grand Slam itu kepada sebuah majalah sukan Jerman semalam.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast