Hafiz Hamidun.

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun berkongsi pengalaman bertemu dengan penyanyi dan pendakwah, Da’i Syed pada malam sebelum dia ditahan polis atas dakwaan rogol dan cabul.

Menerusi Instagram miliknya, Hafiz memberitahu, Syed berjumpa dengannya atas tujuan untuk mendapatkan pandangan dan nasihat serta dia menghulurkan bantuan guaman sewajarnya kepada selebriti itu.

“Saya bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Syed Iqmal. Malam sebelum dia ditahan, dia ada berjumpa dengan saya, minta nasihat dan pandangan.

“Apa yang saya boleh nasihat, saya nasihatlah. Dan saya juga berikan contact peguam yang kini mewakili dirinya,” tulisnya.

“Saya dah bagitau Syed, kena hadapi segala-galanya, secara mental dan fizikal. Dia tunduk, faham. Semoga Syed belajar dari pengalaman ini. Pada saya, yang salah tetap salah. Tetapi sebagai kenalan, tetap ada simpati kepada dia,” tulisnya.

Terdahulu, Syed direman lima hari pada 27 November bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Isnin lalu, polis menerima enam lagi laporan kes salah laku seks berkaitan bekas pengacara program realiti itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast