Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih lagi positif dan yakin dapat menawan Putrajaya sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya masih lagi melakukan kerja-kerja bagi mencapai matlamat tersebut.

Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa, sokongan majoriti masih ada dan usaha-usaha ke arah misi itu masih lagi berjalan sejak pendedahan dilakukan pada September tahun lepas.

“Kita lakukan kedua-duanya. Jentera pilihan raya DAP, PKR, dan Amanah sudah bermesyuarat dan menyusun strategi mengikut keutamaan kami dan pada masa sama, kita akan terus rancang usaha ini.

“Saya tidak boleh katakan lebih dari ini. Tetapi ia adalah serangan serampang dua mata,” katanya kepada pemberita selepas program santai bersama ahli PKR Wilayah Persekutuan dan beberapa pemimpin PH disini hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kini terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menentukan sama ada beliau memiliki sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri.

“Ini proses terus, saya sudah hantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong, baginda baru habis kuarantin,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast