Empat pemain dan presiden kelab Palmas telah terbunuh setelah pesawat yang dinaiki mereka terhempas semasa berlepas, semalam. foto agensi

BRASILIA – Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain kelab bola sepak Brazil, Palmas terhempas di hujung landasan di Tocantins, semalam.

Kelab tersebut mengumumkan presidennya, Lucas Meira, serta empat pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari maut dalam nahas tersebut.

Juruterbang, Wagner turut terbunuh dalam kejadian tersebut.

Menurut kenyataan Palmas, pesawat ringan itu dikatakan tiba-tiba terhempas di hujung landasan Persatuan Penerbangan Tocantinense ketika mahu berlepas.

“Kami sedih untuk memberitahu bahawa tiada yang selamat dalam kemalangan berkenaan,” katanya.

Pemain Palmas dalam perjalanan ke Goiania, kira-kira 800 kilometer, untuk menentang Vila Nova dalam merebut kejuaraan Piala Copa Verde.

Konfederasi Bola Sepak Brazil mengesahkan perlawanan itu ditunda.

Punca kemalangan masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast