BEIJING – Tindakan empat lelaki yang makan 30 kilogram buah oren selepas enggan membayar caj lebihan muatan bagasi akhirnya membawa padah kerana mengalami menderita ulser mulut.

Kejadian itu selepas mereka diminta membayar 300 yuan (£34)  semasa daftar masuk bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kunming Changshaui, bulan lalu.

Mereka enggan membayar kerana caj yang dikenakan itu adalah enam kali lebih tinggi berbanding 50 yuan harga yang dibayar untuk membeli buah tersebut.

Mereka memutuskan untuk memakan semua buah oren tersebut, lapor Global Times.

Kisah mereka itu tular di media sosial sepanjang minggu lalu.

“Sambil berdiri, kami makan semuanya. Kami ambil kira-kira 20 hingga 30 minit untuk habiskan. Kami tidak mahu makan oren lagi,” kata salah seorang daripada empat lelaki tersebut.

Kisah yang berlaku kepada empat lelaki ini bukan kali pertama.

Sebelum ini ada seorang pengembara turut melakukan perkara pelik atas alasan enggan membayar caj lebihan muatan bagasi.

Pada tahun 2018, Ryan Carney Williams, seorang seniman dan pereka, menjadi berita utama selepas memakai lapan pasang seluar dan 10 kemeja untuk penerbangannya British Airways dari Keflavik, di Iceland.

Tetapi dia dihalang untuk menaiki penerbangan tersebut.

Pada tahun 2015, seorang anggota band menaiki pesawat easyJet dari London ke Glasgow setelah memakai semua pakaiannya untuk mengelakkan kos bagasi lebih daripada £45.

James McElvar, penyanyi dengan kumpulan Skotlandia Rewind, pengsan kerana memakai enam t-shirt, empat jumper, tiga pasang seluar jeans, dua pasang seluar joging, sepasang jaket dan dua topi.

“Saya sukar untuk berjalan, saya hampir tidak dapat naik pesawat. Saya mahu buka semuanya sebaik sahaja berada di tempat duduk … tetapi diberitahu supaya tunggu sehingga kami berada di udara. ”

Akibatnya, McElvar mula sakit dan pengsan.

Beliau dirawat oleh paramedik yang berada di dalam pesawat berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast