Logo Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menangguhkan operasi melibatkan pertemuan dengan orang ramai sehingga 18 Februari ini susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi kenyataan MAIS memaklumkan, bagaimanapun perkhidmatan Baitulmal dibuka secara bersemuka melalui penetapan janji temu terlebih dahulu.

Menurutnya, operasi di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah pula berjalan seperti biasa.

“Bagi perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal, orang ramai boleh mendapatkan tempahan janji temu menerusi https://www.picktime.com/baitulmalmais .

“Antara perkhidmatan disediakan menerusi aplikasi itu ialah wasiat, hibah, harta pusaka, pengamanahan, fidyah, kaffarah, sedekah, wang tidak patuh syariah, wang orang berhutang, wang tidak dituntut, harta luqatah dan pendaftaran muallaf,” katanya.

Agensi itu menambah, orang ramai boleh terus berurusan menerusi pelbagai perkhidmatan dalam talian di laman sesawang www.mais.gov.my .

Ujarnya, perkhidmatan meliputi permohonan wasiat (e-wasiat), e-Aduan, katalog hartanah, sumbangan sedekah, bayaran premis atau tanah baitulmal, sewaan hartanah, bayaran utiliti premis dan bayaran tebus pusaka.

Perkhidmatan turut merangkumi sumbangan saham wakaf Selangor, sumbangan anak yatim, penyerahan wang tidak patuh syariah dan penyerahan wang orang berhutang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast